fb fb fb fb fb

Piala AFF B-23: Vietnam tewaskan Laos

(FOTO https://www.facebook.com/aseanfootball)

RAYONG, 21 Ogos -Skuad 'Naga Emas' membuka saingan Piala AFF Bawah 23 dengan kemenangan bergaya menewaskan Laos 4-1 pada saingan kumpulan C.

Pada saingan yang berlangsung di Stadium Rayong, pasukan Vietnam membuka jaringan pertama menerusi Hoang Minh Khoa pada minit ke-16 selepas memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan. Rembatan susulan Ming Khoa gagal diselamatkan penjaga gol Laos, S Thilavong.

Perlawanan babak pertama ditamatkan dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, Laos yang menukar corak permainan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi Thippachan.

Pasukan Vietnam memasukkan beberapa penyerang bagi menguatkan kembali jentera serangan bagi memburu gol. Hasilnya, Minh Quang berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-72 sebelum Dinh Xuan Tien menambah derita Laos bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Bui Vi Hao menambah jaringan buat Vietnam pada minit-minit akhir permainan bagi menjadikan kedudukan 4-1 sehingga tamat permainan.

Vietnam bakal berdepan Filipina pada perlawanan terakhir kumpulan pada Rabu, manakala Laos tersingkir selepas hanya mampu mengutip satu mata ketika berdepan Filipina pada aksi pembukaan kumpulan minggu lalu.


(FOTO https://www.aseanfootball.org)

Media Baharu