fb fb fb fb fb

La Liga: Atletico 'putih mata' sekadar seri dengan Real Betis

(FOTO AFP)

SEVILLE, 21 Ogos -Atletico Madrid mensia-siakan peluang bagi melebarkan kedudukan di persada liga apabila sekadar seri 0-0 ketika menentang Real Betis.

Pada perlawanan yang dilangsungkan Stadium Benito Villamarin semalam, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menembusi benteng pertahanan masing-masing.

Pada babak pertama permainan, Real Betis dilihat mendominasi perlawanan memaksa Atletico Madrid bertahan dan hanya sesekali melakukan serangan.

Memasuki babak kedua, Atletico menggandakan serangan ke kubu Real Betis tetapi dikecewakan oleh kekebalan benteng pertahanan Real Betis.

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simone berkata pasukannya mencipta banyak peluang namun, nasib tidak menyebelahi pasukan berkenaan.

"Kami tidak bermain baik pada babak pertama. Real Betis banyak mengawal bola dan kami tidak berpeluang melancarkan gerakan berbahaya.

"Sebaliknya, pada babak kedua kami bermain baik dengan mwncipta beberapa peluang, namun gagal menyudahkannya", kata Simone

Real Betis mendominasi perlawanan menerusi pemain baharu yang ditandatangani, Isco memberi ancaman terhadap benteng Atletico pada separuh masa pertama.

Menyedari kekurangan tersebut, Simone memasukkan perancang berusia 20 tahun, Pablo Barrios bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Simone turut memasukkan beberapa pemain seperti Antoine Griezmann danAlvaro Morota di bahagian serangan bagi memburu gol namun dikecewakan dengan keampuhan pertahanan Real Betis.

Kedudukan itu bermakna Atletico sekadar berada ditangga keempat dengan empat mata selepas dua perlawanan. Manakala Real Betis di tangga keenam dengan empat mata.-REUTERS


(Pengurus Atletico Madrid, Diego Simone/FOTO AFP)

Media Baharu