fb fb fb fb fb

Piala Dunia Wanita 2023, Sepanyol dinobat sebagai juara

FOTO AFP

SYDNEY, 21 Ogos -Sepanyol dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Wanita 2023.

Sejarah itu dilakar selepas menewaskan England 1-0 pada saingan akhir sekali gus menempa nama buat kali pertama pada piala itu.

Gol kemenangan Sepanyol dijaringkan kaptennya, Olga Carmona pada minit ke-29.

Dalam aksi tersebut England dilihat sukar mendominasi permainan apabila kerap hilang penguasaan bola di bahagian tengah.

Situasi itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Sepanyol menerusi serangan balas pantas sebelum berjaya menjaringkan gol kemenangan.

Jurulatih England, Sarina Wiegman mengakui Sepanyol adalah pasukan yang lebih baik di hadapan hampir 76,000 penyokong di Sydney.

"Sepanyol layak terhadap kemenangan itu, menewaskan juara Eropah. Mereka datang walaupun mereka kehilangan beberapa pemain terbaik kerana pemberontakan di kem yang tercetus 11 bulan lalu," kata Sarina kepada media tempatan.

Sepanyol telah membuat tiga penampilan dalam edisi Piala Dunia Wanita selepas mereka tersingkir di peringkat 16 terakhir empat tahun lalu dan gagal melepasi peringkat kumpulan pada 2015.- REUTERS


(Kapten Sepanyol, Olga Carmona/REUTERS)

Media Baharu