fb fb fb fb fb

Bagnaia, juara MotoGP Austria

FOTO AFP

SPIELBERG, 21 Ogos- Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia terus mencipta sensasi apabila berupaya meraih gelaran perlumbaan MotoGP di Austria sekali gus menjadi kemenangan kelima musim ini.

Lebih membanggakan itu juga adalah kemenangan berganda di Austria selepas turut mengungguli saingan pecut.

Pada perlumbaan yang berlangsung di litar Red Bull Ring, menyaksikan Bagnaia berjaya menamatkan aksi dengan catatan masa 42 minit 23.315 saat menewaskan pencabarnya, Brad Binder daripada pasukan KTM di tempat kedua.

Martin ketinggalan 5.191 saat daripada Bagnaia, sementara pelumba VR46 Racing, Marco Bezzecchi melengkapkan podium di tempat ketiga.

Kemenangan yang diraih Bagnaia itu membolehkan beliau kekal di tangga teratas dengan 251 mata manakala Jorge Martin di kedudukan kedua, ketinggalan 62 mata daripada pendahulu. - REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu