fb fb fb fb fb

MSN latih pegawai khusus, tingkatkan keselamatan industri sukan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli / Foto Majlis Sukan Negara (MSN)

KUALA LUMPUR, 7 Julai - Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil langkah proaktif memperkukuh agenda 'Sukan Selamat' menerusi penganjuran program latihan khas selama dua hari yang bermula hari ini, melibatkan 92 pegawai tumpuan utama daripada 57 persatuan sukan kebangsaan.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, dan bertujuan memperkasa pegawai terlibat sebagai ejen kesedaran dalam menerapkan elemen pendidikan serta perlindungan kepada atlet di semua peringkat.

MSN dalam satu kenyataan memaklumkan, latihan tersebut memberi tumpuan terhadap aspek pengenalpastian kesalahan dan risiko, pengurusan aduan, pelaporan kes serta pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran dalam kalangan penggiat sukan.

Usaha ini selari dengan Rangka Kerja Sukan Selamat oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang menekankan tanggungjawab bersama mewujudkan persekitaran sukan yang selamat dan inklusif.

MSN turut memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan pembentukan jaringan pegawai tumpuan utama yang cekap dan responsif bagi memperluas kesedaran serta mengurangkan insiden gangguan dan penderaan atlet.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE