fb fb fb fb fb

Aniq Kasdan sedia pertahan emas Komanwel, sasar tiket ke Olimpik

Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan

KUALA LUMPUR, 7 Julai - Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan kini memberi tumpuan penuh kepada Kejohanan Kelayakan Angkat Berat Komanwel 2024 yang akan berlangsung di Ahmedabad, India bulan depan, sebagai usaha melayakkan diri secara merit ke Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Pemenang pingat emas Birmingham 2022 itu menjadikan kejohanan berkenaan sebagai keutamaan sebelum memberi fokus kepada Kejohanan Dunia dan Sukan SEA hujung tahun ini.

Aniq, 23, turut menitikberatkan aspek psikologi dalam usaha mengekalkan prestasi dan daya saing di peringkat antarabangsa.

"Jika berjaya layak ke Sukan Komanwel, saya mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi sebelum ini, seterusnya memberi tumpuan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik," katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Anugerah Sukan UiTM 2024 di sini, baru-baru ini.

Aniq, juara kategori 55kg lelaki pada Sukan Komanwel Birmingham, berazam mempertahankan pingat emas itu di Glasgow tahun depan.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE