fb fb fb fb fb

Piala AFF B-23, Harimau Muda perlu kekalkan momentum cemerlang

JOHOR BAHRU, 19 Ogos- Momentum dan prestasi semasa skuad Harimau Muda (B-23) negara perlu dikekalkan untuk mencatat lebih banyak kemenangan sekali gus menempah slot ke pusingan akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2023.
 
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata beliau gembira dengan kemenangan 2-1 ke atas Indonesia semalam sekali gus membuktikan aksi yang ditampilkan begitu cemerlang.

"Ini satu berita yang saya kira amat menggembirakan semua peminat sukan tanah air. Kita harap dari semasa ke semasa kita dapat lihat lebih banyak lagi kejayaan yang serupa.

Kita tahu perjuangan belum selesai, kita doakan yang terbaik untuk mereka dalam kempen AFF kali ini," kata Adam Adli kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan kali Ke-26 2023 di Atrium Plaza Pelangi, di sini.


(Foto FB Menteri)

Tambahnya, kemenangan itu diharap menjadi landasan tepat kepada skuad kebangsaan untuk melangkah ke pusingan akhir sekali gus membawa pulang kejuaraan.
 
Terdahulu, Harimau Muda negara menewaskan pasukan Indonesia dalam aksi pembukaan Piala AFF 2023 yang berlangsung di Thailand.

Pemain kelab Johor Darul Ta'zim II, Fergus Tierney menjadi penyelamat pasukan selepas mencetak dua gol penting sejurus dimasukkan sebagai pemain gantian.

Malaysia akan bertemu pasukan Timor-Leste pada 22 Ogos ini.

 

Media Baharu