fb fb fb fb fb

Piala AFC: PSM Makassar tundukkan Sabah FC dilaman sendiri

Penyerang Sabah FC Telmo Castanheira (kanan) mengawal bola ketika aksi menentang PSM Makassar dalam saingan AFC CUP di Stadium Likas malam tadi/FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU, 14 Disember - PSM Makassar berjaya menundukkan Sabah FC dilaman sendiri dengan jaringan 3-1 pada perlawanan terakhir kumpulan H Piala Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Likas malam ini.

Gol pertama dijaringkan oleh pasukan PSM Makassar apabila rembatan kencang Yacob Sayuri menewaskan penjaga gol berpengalaman Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-15.

PSM Makassar sekali lagi menjaringkan gol keduanya apabila penyerang PSM Makassar, Everton Nascimento gol pada minit ke-37.

Pada separuh masa kedua, Telmo Castanheira berjaya menanduk masuk menjaringkan gol buat Sabah FC pada minit ke-72.

Gol terakhir datang pada minit ke-94 apabila Everton Nascimento berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit kelima masa tambahan kepada PSM Makassar menjadikan keduduk 3-1 sehingga tamat separuh masa kedua.

GRACE AISYAH KEDAYAN