BRUSSELS, 19 November - Belgium menghadiahkan kejutan besar apabila menewaskan Perancis 2-0 dalam aksi Piala Davis pada Selasa, sekali gus menjadi pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir edisi tahun ini.
Walaupun kedua-dua negara memiliki rekod pertemuan lebih rendah (3-6) serta pemain perseorangan masing-masing berada di ranking lebih bawah berbanding lawan, Belgium berjaya memenangi dua perlawanan awal.
Pemain pertama Belgium menampilkan Raphael Collignon, yang bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum mengejutkan Corentin Moutet dengan kemenangan 2-6, 7-5, 7-5. Collignon, memanfaatkan kesilapan lawan yang gagal mengekalkan rentak selepas mudah menguasai set pembukaan.
Zizou Bergs kemudian melengkapkan kemenangan Belgium apabila menewaskan Arthur Rinderknech dalam straight set 6-3, 7-6(4). Bergs, pemain ke-43 dunia, tampil dominan sepanjang perlawanan meskipun hampir melepaskan set kedua, namun pemain berusia 26 tahun itu kembali tenang dalam tie-break untuk meraih kemenangan layak, sekali gus mencetuskan sorakan kegembiraan kem Belgium.
Belgium kini akan berdepan pemenang perlawanan di antara Itali dan Austria pada aksi separuh akhir, Sabtu ini (21 November).- REUTERS