fb fb fb fb fb

Kerajaan pertimbang peruntukan bersesuaian selaras keperluan atlet para

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Sejumlah RM19 juta peruntukan bajet diberikan bagi program pembangunan atlet tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, ia merangkumi Program Podium Para, Program Pelapis Negeri Para dan Program Bakat Para serta Geran Bantuan Pentadbiran.

Jelasnya, semua perancangan program pembangunan atlet para telah dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM sejak tahun 2007 secara komprehensif meliputi pembangunan bakat  sehingga ke persiapan menyertai kejohanan utama di peringkat dunia.

"Bagaimanapun, MPM  sentiasa mempunyai ruang untuk mengemukakan cadangan dan pelan pelaksanaan bagi program pembangunan atlet para.

"Pihak kerajaan akan mempertimbangkan peruntukan yang bersesuaian dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan tambahan bagi memastikan program pembangunan atlet para dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,"katanya.

Jawapan itu diberikan bagi menjawab pertanyaan Senator  Datuk Sivaraj Chandran.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE