fb fb fb fb fb

Peru pecat jurulatih

Bekas Jurulatih Peru, Juan Reynoso dipecat susulan prestasi buruk Peru pada Kelayakan Piala Dunia 2026/ FOTO AFP

LIMA, 14 Disember -Persekutuan Bola Sepak Peru (FPF) mengumumkan pemecatan jurulatih, Juan Reynoso pada Rabu.

Reynoso, 53 tahun mengemudi skuad tersebut sejak Ogos 2022, namun meninggalkan jawatannya dengan pasukan Peru kini terperosok di tangga terbawah kumpulan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan (CONMEBOL) dengan dua mata selepas enam perlawanan.

FPF dalam satu kenyataan berkata kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama-sama bagi menyelesaikan isu pemecatan.

Pemecatan Reynoso menjadikannya sebagai jurulatih keempat yang kehilangan jawatan sepanjang pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 sehingga kini.

Akhbar tempatan Peru dilaporkan berkata terdapat beberapa nama yang dicadangkan bagi menggantikan posisi Reynoso.

Antara nama yang disebut-sebut ialah bekas penyerang Argentina, Hernan Crespo serta bekas pengurus Colombia, Jose Pakerman.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD