fb fb fb fb fb

Hari Khadka akur dengan kekalahan

Ketua jurulatih Nepal, Hari Khadka pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil/RTM

KUALA LUMPUR, 19 November - Ketua jurulatih Nepal, Hari Khadka akur dengan kekalahan 0-1 pasukannya kepada Harimau Malaya dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027, sambil mengakui kekuatan serta kualiti permainan skuad bimbingan Malaysia.

Khadka berkata, walaupun mereka tewas 2-0 pada pertemuan pertama sebelum ini, beliau tetap berpuas hati dengan disiplin serta organisasi pasukannya pada aksi kali ini.

"Pada perlawanan sebelum ini kami tewas 2-0. Malaysia adalah pasukan yang sangat bagus dan kuat. Kami cuba bermain lebih tersusun dan itulah sebabnya kami memperoleh keputusan seperti hari ini. Saya gembira dengan usaha pemain," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau mengakui gaya permainan Malaysia yang pantas dan agresif memberi cabaran besar kepada Nepal, namun menegaskan fokus utama mereka untuk menutup ruang serta mengelakkan jaringan tambahan.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ