MANCHESTER, 15 Oktober- Penyerang muda England, Phil Foden menyambung kontrak bersama juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City selama lima tahun sehingga 2027, hari ini.
Foden yang sentiasa mempamer aksi terbaik dalam liga itu berhasrat untuk terus membantu kelab mencipta lebih banyak kejayaan.
Pemain berusia 22 tahun itu sudah memenangi sembilan trofi utama sejak menyertai pasukan utama dari akademi City.
Foden telah mencetak 52 gol dalam 182 perlawanan sejak diberikan penampilan pertama oleh Pep Guardiola pada 2017.
Tujuh daripada gol berkenaan dibuat pada musim ini, termasuk hatrik terbaharu ketika City menang 6-3 mengatasi Manchester United.
"Sukar untuk mengatakan betapa saya sangat gembira menandatangani kontrak ini. Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan.
"Saya sudah banyak meningkat sejak tahun kebelakangan ini dan ia disebabkan Pep dan kakitangannya yang membimbing saya setiap hari ketika latihan.
"Bekerja dengan mereka memberikan saya peluang untuk meningkat lebih banyak dan menjadi pemain terbaik yang saya boleh.
"Dengan skuad yang kami di sini, saya rasa saya boleh terus belajar dan menang trofi. Itu adalah dua perkara paling penting buat saya," kata Foden.
Pengarah bola sepak City, football Txiki Begiristain percaya pemain itu boleh menjadi seorang daripada pemain terbaik dunia jika dia terus meningkat dalam musim akan datang. - AFP
(FOTO AFP)