(Jualan tiket sudah melebihi 50% dan pihaknya masih giat
melakukan promosi untuk menarik lebih ramai penonton)
KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Lebih 170,000 penonton hadir menyaksikan Kejuaraan MotoGP GP Malaysia 2022 yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober.
Ketua Pegawai Eksekutif, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata jualan tiket sudah melebihi 50% dan pihaknya masih giat melakukan promosi untuk menarik lebih ramai penonton.
"Cuma saya fikir kita mesti gandakan promosi untuk jual baki tiket yang ada dan saya harap kita akan dapat capai jumlah penonton yang sama macam tahun lepas. Cuma saya fikir satu dua tahun ini amat mencabar dan itu yang kita terpaksa hadapi. Satu lagi perlumbaan tu berlangsung pada cuti yang panjang pada 23 dan 24 tu Deepavali, itu cuti panjang," kata Azhan kepada media di sini.
(SIC jangka kehadiran 170,000 penonton)
Bagi saingan musim ini, tiga pelumba tempatan iaitu Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Azroy Hakeem Anuar mendapat tiket ‘wild card’ untuk bersaing dalam kelas Moto2 manakala seorang lagi pelumba negara, Syarifuddin Azman turut beraksi atas tiket 'wild card' dalam kelas Moto3.