fb fb fb fb fb

PSG tewaskan Liverpool, mara suku akhir Liga Juara-Juara UEFA

Reaksi pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold yang mengalami kecederaan dalam perlawanan pusingan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara UEFA antara Liverpool dan PSG di Anfield, Liverpool awal pagi tadi/AFP

LIVERPOOL, 12 Mac- Paris Saint-Germain (PSG) menempah slot ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA selepas menewaskan Liverpool 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi pusingan kedua 16 terbaik, awal pagi tadi.

PSG yang ketinggalan 0-1 selepas aksi pertama di Parc des Princes minggu lalu berjaya menyamakan agregat menerusi jaringan awal Ousmane Dembele di Anfield.

Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan mencipta banyak peluang, namun gagal menambah jaringan sehingga tamat masa tambahan, memaksa aksi ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Darwin Nunez dan Curtis Jones, manakala Vitinha, Goncalo Ramos, Dembele dan Desire Doue berjaya menyempurnakan kesemua sepakan untuk pasukan pelawat.

PSG yang masih memburu gelaran sulung Liga Juara-Juara UEFA bakal berdepan pemenang antara Aston Villa dan Club Brugge pada peringkat suku akhir bulan depan.

Aston Villa yang membawa kelebihan agregat 3-1 akan menjadi tuan rumah kepada kelab Belgium itu malam ini. -AFP

SITI AISHAH MD ISA