fb fb fb fb fb

Sukan boling padang makin dapat perhatian, perlu ramai penaja dan pendedahan

Nor Farah Ain Abdullah

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Pemain boling padang nombor 1 dunia Nor Farah Ain Abdullah menyifatkan sukan boling padang semakin mendapat perhatian di peringkat akar umbi.

Buktinya ramai anak muda mula menyertai sukan itu dan ia memerlukan pendedahan serta sokongan untuk menjadikan ia bergerak seiring sukan arus perdana seperti bola sepak dan badminton.

Kehadiran lebih ramai penaja sama ada pihak swasta atau kerajaan membantu populariti sukan berkenaan sekali gus mampu melahirkan bakat baharu.

"Apa yang saya lihat sukan ini masih kurang tajaan tidak seperti sukan bola sepak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Berdasarkan kemas kini kedudukan dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI