fb fb fb fb fb

Bola Tampar pilih skuad kebangsaan wakil temasya sukan SEA Kemboja

SHAH ALAM, 15 Oktober- Persatuan bola tampar Malaysia (MAVA) akan memilih pemain skuad kebangsaan bagi mewakili negara dalam menghadapi temasya sukan SEA Kemboja tahun hadapan melalui Liga Bola Tampar Sooka Super Siri 2022 (SSSVB 2022) yang berlangsung di Shah Alam.

Presidennya Hean Boon Yeow menyifatkan dengan adanya liga berkenaan buat julung kalinya pada tahun ini akan memberikan nafas baharu dalam sukan itu.


(Presiden persatuan bola tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow)

"Jadi kita hendak bagi kalangan pemain muda kita ada dalam liga ini dan mereka ada sesuatu yang boleh dibawa kedepan untuk main, dan daripada liga ini saya sudah lantik 5 orang bagi senarai pendek untuk pemain untuk latihan kebangsaan bagi program tahun 2023, ini bagus untuk kita semua," katanya selepas Majlis Perasmian Liga Bola Tampar Sooka Super Siri 2022 (SSSVB 2022) di Dewan Besar Tanjung,Seksyen 19 Shah Alam, semalam.

Beliau juga memaklumkan ketika ini pihaknya sedang mencari kombinasi 70 peratus pemain muda dan 30 peratus pemain berpengalaman untuk diserap masuk ke pasukan kebangsaan.

Liga berkenaan akan menyaksikan lapan kumpulan berentap merebut kejuaraan selama empat minggu  bermula hari ini hingga 6 November ini.

Antara kumpulan yang akan beraksi dalam temasya berkenaan seperti SAC Selangor Lions,Melaka Mousedeer,Kuala Lumpur Shark, ATM Gladiators dan Sarawak Hornbill.

Pertandingan kali ini juga bakal menjadi tarikan dengan adanya kelab bola tampar antarabangsa iaitu kelab Amelia dari Indonesia yang turut berentap dalam kejohanan ini.

Media Baharu