fb fb fb fb fb

Pestabola Merdeka 2023: Tajikistan ganti Lubnan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Skuad kebangsaan Tajikistan bakal menjadi pasukan keempat bersaing dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023 pada Oktober menggantikan Lubnan yang menarik diri.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada majlis undian undian kejohanan minggu lalu, tuan rumah, Malaysia diundi bertemu India, manakala Palestin berdepan Lubnan untuk perlawanan pertama pada 13 Oktober 2023.

Bagaimana pun, Isnin lalu, FAM telah menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Lubnan (LFA) menyatakan pasukan berkenaan terpaksa menarik diri atas alasan Lubnan dan Palestin diundi dalam kumpulang sama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Perubahan tersebut tidak menjejaskan susunan jadual perlawanan yang menyaksikan Palestin berdepan Tajikistan menggantikan Lubnan.

Pestabola Merdeka 2023 akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil mulai 13 hingga 17 Oktober 2023.


(FOTO RTM)

Media Baharu