fb fb fb fb fb

Yassine Bounou sertai Neymar di Al-Hilal

Foto FB Al-Hilal

RIYADH, 18 Ogos- Penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal dengan kontrak tiga tahun.

Menurut media Sepanyol, nilai perpindahannya mencecah 21 juta Euro.

Bounou, pemain kebangsaan Maghribi mempunyai karier yang agak cemerlang bersama apabila membantu kelab Sepanyol itu memenangi dua kejuaraan Liga Europa.

Pemain berusia 31 tahun itu juga merupakan antara watak penting yang membawa skuad Maghribi layak ke separuh akhir Piala Dunia tahun lalu di Qatar.

Bounou sebelum ini turut dilapor menjadi sasaran Real Madrid dan Bayern Munich yang kehilangan khidmat penjaga gol utama mereka akibat cedera.

Al-Hilal adalah kelab paling berjaya di Arab Saudi dan Asia dengan memiliki 66 trofi termasuk 18 kejuaraan liga domestik dan empat Liga Juara-Juara Asia.

Al-Hilal sebelum ini telah berbelanja besar membeli penyerang Brazil, Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG).- REUTERS


(Foto FB Al-Hilal)

Media Baharu