fb fb fb fb fb

Terbuka China: Soon Huat-Shevon mara ke Final

Foto Facebook BAM

KUALA LUMPUR , 21 September - Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon mencipta sensasi selepas mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Terbuka China 2024.

Pada aksi separuh akhir itu, pasangan ranking ke-12 dunia itu tenang menundukkan beregu tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi 21-18, 21-18 di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.

Meskipun berdepan tekanan ribuan penyokong tuan rumah namun Soon Huat-Shevon tampil dengan aksi cukup kemas terutamanya di set kedua.

Untuk rekod, ini kali pertama Soon Huat-Shevon berjaya melangkah ke final kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000 dan final ketiga mereka musim ini selepas menjuarai Terbuka Switzerland, Mac lalu dan Masters Malaysia pada Mei.

Soon Huat-Shevon akan bertemu pemenang perlawanan antara gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja dengan pilihan kedua dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi final, esok.

Juara bagi acara beregu akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan AS$148,000 (kira-kira RM622,000)

Manakala naib juara AS$70,000 (RM294,000).

Trainee2