fb fb fb fb fb

Majlis Perasmian Para SUKMA 2024 bakal ketengah kesepaduan rakyat Sarawak

Datuk Seri Fatimah (tengah) ketika menyaksikan raptai penuh Majlis Perasmian Para SUKMA Sarawak 2024 / FOTO UKAS

KUCHING, 21 September- Majlis Perasmian Para SUKMA 2024 akan berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya Kuching pada Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Para SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Seri Fatimah Abdullah ketika menyaksikan raptai penuh majlis semalam memberitahu setakat ini, semua perancangan berlangsung dengan lancar.

Beliau turut berharap majlis sebenar kelak akan berjalan seperti yang dirancang pihaknya.

Datuk Seri Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak memaklumkan, Majlis Perasmian Para SUKMA 2024 akan menampilkan kelainan dalam persembahan yang akan ditonjolkan.

Jelasnya, fokus persembahan adalah mengetengahkan kesepaduan rakyat Sarawak yang berbilang kaum daripada pelbagai peringkat umur.

Beliau memberitahu persembahan kali ini juga mempersembahkan bakat daripada pelbagai peringkat umur iaitu seawal usia kanak-kanak dan jika digilap mampu melahirkan artis-artis yang profesional.

Seramai 350 orang akan membuat persembahan dalam majlis tersebut pada Ahad ini pukul 8.30 malam.

Turut ditampilkan ialah bakat tanahair seperti Hafiz Shuib, Bob Yusof, Elena Murang, Zeppo Youngsters serta pelajar Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE