fb fb fb fb fb

Kejohanan Liga Hoki Remaja 2023, SSTMI Thunderbolts ke peringkat akhir

Foto FB MHC

BUKIT JALIL, 18 Ogos- SSTMI Thunderbolts berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Kejohanan Liga Hoki Remaja 2023.

Kejayaan itu dilakar selepas menumpaskan Anderson Thunderbolts 3-0 pada pertemuan separuh akhir di Bukit Jalil.

Pengendalinya, Wan Mohd Roslan Wan Abd Rahman akui berpuas hati, apabila perubahan taktikal yang dilakukan berjaya membuahkan hasil.

"Memang kita dapat rasakan saingan daripada pasukan Anderson Thunderbolts dan memang sukar di peringkat awal untuk kita dapatkan gol.

Kita gagal dengan percubaan sudut penalti (penalty corner) tapi kita ubah dengan satu percubaan "set-piece". Alhamdulillah, kita dapat jaringkan satu gol yang amat penting untuk pasukan," kata Wan Mohd Roslan kepada pemberita, di sini.

Tambah beliau, pencapaian itu amat membanggakan selepas hanya mampu menduduki tangga ke-4 pada edisi lepas.

Pasukan SSTMI Thunderbolts bertemu AHP-SSP-MSP- Thunderbolts pada perlawanan akhir, malam esok.


(Pengendali SSTMI Thunderbolts, Wan Mohd Roslan Wan Abd Rahman)

Media Baharu