fb fb fb fb fb

Piala Dunia Wanita 2023 : England mara ke final

(FOTO AFP)

SYDNEY, 17 Ogos - Pasukan England hanya selangkah lagi untuk begelar juara selepas menumpaskan tuan rumah, Australia 3-1 di separuh akhir.

Skuad 'The Lioness' sebelum ini terkandas dua kali di peringkat sama.

Tetapi juara Eropah itu memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang kali ini untuk mara ke pentas final Piala Dunia buat pertama kali.

England berjaya mendahului permainan sembilan minit sebelum rehat menerusi gol daripada Ella Toone.

Bintang tuan rumah, Sam Kerr yang kembali cergas kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-63.

Dua jaringan dari Lauren Hemp dan Alessia Russo pada lewat permainan melengkapkan kemenangan 3-1 England sekaligus membawa pasukannya ke final.

England akan berdepan Sepanyol di Stadium Australia pada Ahad untuk perebutan trofi.


(FOTO AFP)

Media Baharu