fb fb fb fb fb

Liverpool intai bidaan besar untuk Isak dari Newcastle

Foto AFP

LONDON, 16 Julai - Liverpool sedang mempertimbangkan bidaan besar bernilai £120 juta ($160 juta) untuk penyerang Newcastle, Alexander Isak, walaupun kelab itu berhasrat untuk mengekalkan bintang Sweden itu, menurut laporan pada Rabu.

Juara Liga Perdana itu masih belum membuat tawaran rasmi untuk Isak tetapi difahamkan penyerang itu berada di kedudukan teratas dalam senarai sasaran mereka ketika pengurus Arne Slot mencari penyerang baharu susulan kematian Diogo Jota.

Isak menyertai Newcastle dari Real Sociedad dengan yuran £63 juta pada 2022 dan muncul sebagai pemain utama dalam pasukan kendalian Eddie Howe.

Dia menjaringkan 23 gol Liga Perdana musim lalu, selain membantu kelab itu layak ke Liga Juara Eropah buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Isak turut menjaringkan gol kemenangan dalam aksi akhir Piala Liga Newcastle ke atas Liverpool di Wembley, sekali gus menamatkan penantian 70 tahun Magpies untuk trofi utama domestik.

Penyerang berusia 25 tahun itu, kini berada di kem latihan pramusim di Austria, masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontraknya dan Newcastle difahamkan sedang berusaha memeterai perjanjian baharu dengannya.

Mereka dilaporkan meletakkan tanda harga sekitar £150 juta ke atas Isak dalam usaha untuk menghalang minat kelab lain, dengan Arsenal juga dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran.

Pemilik majoriti Newcastle, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, mempunyai kekuatan kewangan untuk menolak sebarang pendekatan terhadap pemain yang dikatakan tidak memaksa untuk berpindah.

Darwin Nunez dan Federico Chiesa juga dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Anfield.

Keadaan itu memaksa Liverpool membawa masuk penyerang baharu.

Selain minat terhadap Isak, Liverpool turut dikaitkan dengan penyerang Eintracht Frankfurt bernilai £70 juta, Hugo Ekitike, yang turut menarik perhatian Newcastle.-AFP

- Liverpool sedang mempertimbangkan bidaan besar bernilai £120 juta ($160 juta) untuk penyerang Newcastle, Alexander Isak, walaupun kelab itu berhasrat untuk mengekalkan bintang Sweden itu, menurut laporan pada Rabu.

Juara Liga Perdana itu masih belum membuat tawaran rasmi untuk Isak tetapi difahamkan penyerang itu berada di kedudukan teratas dalam senarai sasaran mereka ketika pengurus Arne Slot mencari penyerang baharu susulan kematian Diogo Jota.

Isak menyertai Newcastle dari Real Sociedad dengan yuran £63 juta pada 2022 dan muncul sebagai pemain utama dalam pasukan kendalian Eddie Howe.

Dia menjaringkan 23 gol Liga Perdana musim lalu, selain membantu kelab itu layak ke Liga Juara Eropah buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Isak turut menjaringkan gol kemenangan dalam aksi akhir Piala Liga Newcastle ke atas Liverpool di Wembley, sekali gus menamatkan penantian 70 tahun Magpies untuk trofi utama domestik.

Penyerang berusia 25 tahun itu, kini berada di kem latihan pramusim di Austria, masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontraknya dan Newcastle difahamkan sedang berusaha memeterai perjanjian baharu dengannya.

Mereka dilaporkan meletakkan tanda harga sekitar £150 juta ke atas Isak dalam usaha untuk menghalang minat kelab lain, dengan Arsenal juga dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran.

Pemilik majoriti Newcastle, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, mempunyai kekuatan kewangan untuk menolak sebarang pendekatan terhadap pemain yang dikatakan tidak memaksa untuk berpindah.

Darwin Nunez dan Federico Chiesa juga dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Anfield.

Keadaan itu memaksa Liverpool membawa masuk penyerang baharu.

Selain minat terhadap Isak, Liverpool turut dikaitkan dengan penyerang Eintracht Frankfurt bernilai £70 juta, Hugo Ekitike, yang turut menarik perhatian Newcastle.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH