KUALA LUMPUR, 23 Disember- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada skuad silat negara yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Beliau turut teruja melihat kemenangan Thamaraj Vasudevan yang telah mencipta sejarah dengan menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 kategori bebas putera di Abu Dhabi, UAE.
Selain kemenangan Thamaraj, pasukan silat negara yang lain juga turut mencatatkan pencapaian yang membanggakan iaitu pasukan senior berjaya meraih enam pingat emas, sembilan perak dan emas gangsa, manakala pasukan remaja membawa pulang lima emas, empat perak dan empat gangsa.
Antara wira dan wirawati pesilat dewasa dan pesilat remaja yang menyumbang emas termasuk Farah Mazlan, Siti Shazwana, Abdul Latif, Tamarah, Ainatsya, Eafzayl Adriell, Raqib Darwisy, Muhammad Syaqil dan Ukail Darwis.
Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.