AYER KEROH, 4 November - Melaka Football Club (Melaka FC) akan menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk tahun 2024.
Peruntukan itu sekali gus memastikan tidak berlakunya isu tunggakan gaji kepada pemain.
Justeru pemilik pasukan itu Datuk Nur Azmi Ahmad mahu Melaka FC mengekalkan dan menambah baik momentum sepanjang bersaing dalam Liga M3 musim depan.
"Dan walaupun tidak dalam kedudukan yang baik tetapi Insya-Allah kita akan kekalkan prestasi dan daripada segi kewangan dan kualiti kumpulan tersebut untuk akan datang kita usaha juga untuk Melaka layak ke Liga Super," Nur Azmi bercakap kepada pemberita selepas Perasmian Pembukaan Kejohanan Liga Bola Sepak Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam Edisi kedua dan Liga Bola Jaring Piala Toh Puan Asmah Abdul Rahman di Taman Seribu Bunga, di sini.
Mengulas mengenai jurulatih pasukan katanya beberapa jurulatih tempatan telah menyatakan minat untuk menyertai Melaka FC namun perkara mengenainya masih dalam perbincangan.
Pasukan Imigresen FC layak beraksi di Liga Super musim depan selepas menjuarai Liga M3 musim ini.