fb fb fb fb fb

32 pasukan bakal berentap merebut Governor Cup

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Toh Puan Asmah Abdul Rahman merasmikan kejohanan itu di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.

AYER KEROH, 4 November- Sebanyak 32 pasukan melibatkan 400 pemain bakal bersaing bagi merebut Governor Cup sempena Kejohanan Liga Bola Sepak Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam Edisi kedua dan Liga Bola Jaring Piala Toh Puan Asmah Abdul Rahman.

Pengerusi kejohanan, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, sepak mula perlawanan pada 11 November dan dijangka berakhir pada 30 Disember melibatkan keseluruhan 32 perlawanan.

Beliau berkata, pemain yang menunjukkan prestasi terbaik dalam Liga Bola Sepak dijangka akan diserap ke pasukan Melaka FC.

“Sebenarnya tahun lepas dalam pasukan Melaka FC kita ada 8 orang yang terpilih dan Insya-Allah kita akan menyertai Melaka FC tahun depan juga kemungkinan kita akan bawa jurulatih yang lain dan ini peluang mereka untuk mewakili Melaka kalau mereka terpilih dalam setiap perlawanan itu, kita sudah sediakan jurulatih untuk memilih pemain tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pembukaan kedua-dua kejohanan itu di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.

Kejohanan Liga Bola Sepak Yang Dipertua Negeri Melaka akan berlangsung di empat venue berbeza manakala Liga Bola Jaring Piala Toh Puan Asmah Abdul Rahman pula akan berlangsung di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh.

Sebanyak RM8,000 ditawarkan kepada johan bagi Liga Bola Sepak dan RM3,500 untuk juara Liga Bola Jaring.

ZEHRA BINTI ZAMBRI