fb fb fb fb fb

Pertandingan Golf Amal YKRDM kumpul dana RM90,000

Para peserta Pertandingan Golf Amal YKDRM 2023 bergambar kenangan pada hari penutup kejohanan

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Seramai 120 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan Golf Amal Yayasan Kor Risik Diraja Malaysia (YKRDM) di Kelab Golf The Mines, Ahad lalu menyaksikan Norhafiza Yahaya dinobat selaku juara kategori Medal A.

Pertandingan yang julung kali diadakan oleh YKRDM itu turut menyaksikan juara kategori Medal B menjadi milik Tarmizi Abd Talib manakala Datin Seri Salmah Salleh mendominasi kategori wanita.

Hasil kutipan dari golf amal ini akan digunakan untuk memperkasakan aktiviti sokongan sebagai tanggungjawab
sosial kepada kumpulan sasar khususnya warga serta veteran KRD dan juga pihak awam yang memerlukan.

Penganjuran pertandingan golf ini adalah untuk mengumpul dana bagi tujuan aspek bantuan kesihatan, kebajikan, pendidikan, kemahiran dan juga peningkatan sosio ekonomi kumpulan sasar.

Bagi mencapai matlamat yang dinyatakan, yayasan akan terus aktif untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial dari masa kesemasa khusus bertujuan untuk meningkatkan dana secara berkala.

Hasil daripada pertandingan golf tersebut, sebanyak RM90,000 jumlah kutipan dan sumbangan daripada dermawan berjaya diperoleh dengan RM20,000 daripadanya akan disalurkan ke tabung Kelab Veteran Kor Risik bagi menampung perbelanjaan urustadbir untuk menjaga kebajikan pesara-pesara angota Kor Risik.

Yayasan Kor Risik Diraja Malaysia telah ditubukan pada 1 September 2021, merupakan cetusan idea Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim selaku pengasas dan penaung yang perihatin berhubung kebajikan warga serta veteran Kor Risik diraja dan keluarga selain kakitangan awam yang berkhidmat dengan KRD.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE