KUALA LUMPUR, 16 Disember- Seramai 800 pelumba basikal dijangka memeriahkan edisi sulung perlumbaan Peak Attack KOM 2022 yang berlangsung Ahad ini.
Jelas penganjur, Ketua Pegawai Eksekutif Elite Sport Sdn BHD, Faiz Syaifuddin, perlumbaan meliputi 30 kilometer ke Puncak Goh Tong Jaya.
20 kategori dipertandingkan termasuk terbuka lelaki, elite, dan master.
Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai benilai RM20,000.
"Kita ada TSG, Sapura lepas tu kita ada penyertaan dari luar negara; Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, Ireland dan Filipina ," kata Faiz
"Jadi ini salah satu daya penarik sebab penunggang yang biasa main dekat sini memang selalu naik sampai ke Gohtong tapi hanya sampai dekat pos pengawal tetapi sekarang dapat lalu terus. Ini satu cabaran yang kita berminat hendak rasa," kata peserta, Azly Dzulkipli.
Perlumbaan yang mengambil inspirasi daripada Cabaran KOM Taiwan ini juga bakal menjadi acara tahunan bagi pelumba yang berminat dengan cabaran lasak dan ketahanan fizikal.
(Seramai 800 pelumba basikal dijangka memeriahkan edisi sulung perlumbaan Peak Attack
KOM 2022 yang berlangsung Ahad ini)