fb fb fb fb fb

Fernando Santos letak jawatan

(FOTO REUTERS)

LISBON, 16 Disember- Jurulatih skuad kebangsaan Portugal, Fernando Santos meletak jawatan selepas pasukannya tersingkir di tangan Maghribi di peringkat suku akhir.

Perkara itu diumumkan Persekutuan Bolasepak Portugal semalam

Santos sebelum ini dikritik hebat selepas meletakkan penjaring terbanyak pasukannya, Cristiano Ronaldo di bangku simpanan ketika kekalahan mengejut 0-1 kepada Maghribi, Sabtu lalu.

(Pengurus Portugal, Fernando Santos ketika meraikan kejayaan Portugal menjuarai
Euro 2016 /REUTERS)

Menurut badan pengendali bola sepak Portugal itu, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama untuk berpisah.

"Saya mengundurkan diri dengan penuh rasa hormat, katanya menerusi satu video yang dimuatnaik oleh persatuan bolasepak itu.

Santos mula dilantik sebagai jurulatih Portugal pada 2014 dan membimbing negaranya dalam 109 perlawanan.

Pencapaian terbaiknya ialah membawa Portugal menjuarai gelaran Euro 2016 dan memenangi trofi pertama Liga Negara-Negara Eropah musim 2018/2019.

Susulan situasi terkini itu, Portugal telah memulakan proses mencari jurulatih baharu buat pasukan kebangsaan mereka.

Media Sportsdaily Records mendakwa pengurus profilik Jose Murinho antara yang disebut-sebut bagi mengisi kekosongan jawatan pengurus baharu pasukan tersebut.-AFP

Media Baharu