NEW JERSEY, 5 Julai - Jurulatih Real Madrid Xabi Alonso masih menilai untuk menurunkan Kylian Mbappe pada suku akhir Piala Dunia Kelab menentang Borussia Dortmund pada Sabtu.
Mbappe membuat penampilan sulung kejohanan pada Selasa (1 Julai), bermula dari bangku simpanan untuk membantu kemenangan 1-0 Real Madrid ke atas Juventus, selepas terlepas peringkat kumpulan kerana sakit.
"Penyerang Perancis itu pulih daripada gastroenteritis." katanya.
Alonso bagaimanapun memuji prestasi cemerlang Gonzalo Garcia, yang menggantikan Mbappe dan menjaringkan tiga gol.
Jurulatih Borussia Dortmund, Niko Kovac, menekankan kedudukan pasukannya yang diremehkan menentang Real Madrid, bertujuan untuk membalas dendam kekalahan akhir Liga Juara Eropah tahun lalu.
Kovac melahirkan keyakinan terhadap kemampuan pemainnya untuk bersaing di peringkat tinggi terutama selepas kemenangan 2-1 ke atas Monterrey untuk mara ke suku akhir.-AFP