fb fb fb fb fb

Rangers catat kemenangan pertama dibawah pengurus baharu

GLASGOW, 16 Disember- Kelab Glasgow Rangers berjaya mencatatkan kemenangan pertama dibawah pengurus baharu, Micheal Beale selepas ketinggalan kepada kelab Hibernian 3-2.

Gol kemenangan jaringan Alfredo Morelos menyaksikan Rangers kini dipisahkan enam mata daripada pendahulu dan juara bertahan Liga Scotland, Celtic.

Terdahulu, Pasukan Hibernian berada di depan selepas jaringan pemain pertahanan, Ryan Porteous hasil tandukan daripada sepakan sudut minit ke-8 perlawanan.


(Pemain Glasgow Rangers, Alferedo Morelos meraikan gol kemenangan ketika bertemu
Hibernian/ Foto BBC.com)

Fashion Sakala menyamakan kedudukan buat Rangers minit ke-15 sebelum Hibernian kembali di depan hasil jaringan Kevin Nisbet.

Rangers kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Ryan Jack minit-58 sebelum Morelos menjadi wira buat Rangers empat minit selepas itu.

Pengurus Rangers, Micheal Beale menyifatkan perlawanan tersebut sebagai penuh emosi.

"Pasukan ini mempamerkan karakter luarbiasa bagi memenangi perlawanan. Kami mendominasi separuh masa kedua dan kami berhak memenangi perlawanan ini", katanya kepada BBC.

Baele sebelum ini merupakan kakitangan kejurulatihan dibawah legenda Steve Gerrad sebelum berhijrah ke Aston Villa.

Baele sebelum ini pernah mengemudi Galsgow Rangers selama 22 bulan sebelum dipanggil kembali ekoran pemecatan pengendali sebelumnya, Giovanni Van Bronckhorst-AFP

Media Baharu