fb fb fb fb fb

Perlumbaan MSF Supermoto, platform cungkil bakat baharu

SEPANG, 28 November- Penganjuran perlumbaan MSF Supermoto diharap dapat menjadi platform bagi mencungkil bakat-bakat baharu permotoran pada masa akan datang.

Jelas Eksekutif Media Sosial MSF Supermoto, Muhd Aliff Qayyum perlumbaan itu bakal memberi ruang kepada pelumba tempatan mempamerkan bakat masing-masing.

Selain berpeluang berlumba dengan pelumba moto kelas perdana Moto 2, Asia Road Racing dalam trek sama.

"Objektif MSF ini kerana kita nak buat perlumbaan yang mesra rakyat, yang rakyat boleh sertai.

"Jadi bila kita buat sukan yang mampu untuk rakyat sertai, kita nak panggil lagi mereka yang tak pernah sertai perlumbaan, ada semangat nak sertai bila tengok ramai kawan terlibat," katanya di sini.

(Muhd Aliff Qayyum)

Bagi musim pertama, MSF telah mendapat penyertaan lebih 20 pelumba dan jumlah itu terus meningkat bagi musim 2022.

Media Baharu