fb fb fb fb fb

Cristiano Ronaldo, idola saya - Rashford

FOTO AFP

DOHA, 28 November - "Peluang bermain bersama Cristiano Ronaldo adalah satu pengalaman yang sukar dipercayai."

Demikian kenyataan dikongsikan penyerang England, Marcus Rashford.

Menurutnya, Ronaldo adalah seorang idolanya dalam arena sukan bola sepak selain merupakan satu pengiktirafan dapat bersama beliau dalam satu pasukan.

Ronaldo meninggalkan kelab gergasi eropah, Manchester United minggu lalu setelah kelab itu berjaya mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya berkuat kuasa serta-merta.

Perpisahan itu berlaku selepas pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or berkenaan mengkritik hebat pengurus United, Erik ten Hag dalam satu wawancara TV dan menuduh kelab itu 'mengkhianati'nya.

Rashford bermain dengan Ronaldo, 37 tahun di United selepas menandatangani kontrak untuk akademi kelab itu semasa tempoh pertama pemain Portugis itu.

"Dengar, ia adalah pengalaman yang sukar dipercayai untuk bermain dengannya," kata Rashford, bercakap dalam sidang akhbar di pangkalan Piala Dunia England di Doha.

"Dia jelas salah seorang idola saya dan seseorang yang sentiasa saya sanjungi," katanya.

“Jadi untuk berpeluang bermain dengannya adalah sukar dipercayai dan saya akan membawanya bersama saya dan ia adalah sesuatu yang boleh saya simpan bersama saya selama-lamanya.

"Jadi saya mendoakan yang terbaik untuknya. Kami jelas ingin berterima kasih kepadanya atas perkara yang dia lakukan untuk Manchester United dan mendoakan yang terbaik untuknya sepanjang kariernya."

Bagaimanapun, Ronaldo masih belum mengumumkan kelab seterusnya.-AFP


(FOTO AFP)

 

Media Baharu