fb fb fb fb fb

Perkukuh Speedy Tigers: S. Kuhan sertai barisan kejurulatihan

(S. Kuhan merupakan bekas pakar pukulan sudul penalti kebangsaan
yang bakal bersama dalam barisan kejurulatihan skuad/FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 29 Januari - Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal mendapat khidmat bekas pakar pukulan sudut penalti Kebangsaan, S. Kuhan dalam barisan kejurulatihan skuad 'Speedy Tigers'.

Kepakaran S.Kuhan ditagih bagi membantu menyelesaikan masalah ketumpulan penyudah pukulan sudut penalti dihadapi skuad negara ketika ini.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, bekas kapten Kebangsaan berusia 46 tahun itu akan bertindak sebagai penasihat bagi pukulan sudut penalti.

"Saya rasa kita akan memberi tanggungjawab kepada beliau. Beliau juga telah menyatakan kesudian. Kita semua tahu beliau pemain pukulan sudut penalti yang hebat. S. Kuhan sangat bijak, pintar dan tahu mengendali situasi," katanya.

(Pemain Hoki Kebangsaan Speedy Tigers/FOTO FACEBOOK MHC)

Jelas beliau kelemahan yang ada perlu atasi segera, sebelum skuad 'Speedy Tigers' ke Sukan Asia Hangzhou, China September nanti.

Kejohanan Hoki Piala Dunia yang berakhir baru-baru ini menyaksikan skuad Negara cuma mampu menterjemah EMPAT daripada 29 peluang pukulan sudut penalti.

Jaringan dihasilkan Sumantri Norsyafiq, Rahim Razie dan Shello Silverius.

Media Baharu