fb fb fb fb fb

Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir Masters Indonesia

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Cabaran kem badminton Malaysia di kejohanan Masters Indonesia 2023 berakhir selepas beregu wanita utama, Pearly Tan dan M. Thinaah terkandas di peringkat separuh akhir, pada Jumaat

Ini kali kedua berturut-turut pasangan negara itu tewas di saingan empat terakhir dan gagal ke final selepas kecewa di Terbuka India, minggu lepas.

Dalam aksi di Istora Senayan, Jakarta itu, Pearly dan Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan beregu nombor 11 dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 14-21, 19-21.

Pasangan ranking ke-6 dunia itu sebelum ini beraksi cemerlang ketika menyingkirkan beregu dari China di suku akhir semalam.

Namun, mereka gagal meneruskan momentum tersebut di separuh akhir apabila tunduk mudah straight sets dalam pertarungan 51 minit.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu masih dalam pemburuan gelaran pertama musim ini sejak meraih kejayaan di Terbuka Perancis tahun lepas.

Dalam Terbuka India minggu lalu, mereka turut kandas di separuh akhir selepas tewas kepada beregu nombor dua dunia, juga dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Pasangan Pearly-Thinaah merupakan wakil tunggal negara di separuh akhir selepas beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas di suku akhir, pada Khamis.

(Aksi M. Thinaah dan Pearly Tan (kanan) di kejohanan Masters Indonesia 2023)

Media Baharu