(FOTO SABAH FC)
KOTA KINABALU, 28 Januari - Desas desus akhirnya terjawab, pemain sayap kelahiran Brazil, Jailton Paraiba kini sah menyarung jersi Sabah FC mengisi sembilan kuota import untuk liga baharu musim ini.
Pemain berusia 32 tahun sebelum ini terikat bersama kelab kerdil berpangkalan di China, Qingdao Youth Island yang mana beliau merupakan antara pemain terbaik buat pasukan tersebut.
(Foto Sabah FC)
Dalam 28 penampilan, Paraiba berjaya merekodkan lapan jaringan peribadi dan lima bantuan gol untuk membantu pasukan itu menduduki tangga kesembilan daripada 18 pasukan.
Kehadiran Paraiba sekali gus mengisi posisi sayap kanan dengan usia Amri Yahyah semakin lanjut untuk menajamkan lagi jentera serangan pasukan Sang Badak.