fb fb fb fb fb

Perkembangan sukan Komanwel Birmingham 2022

(Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya menewaskan juara dunia,
Loh Kean Yew dari Singapura pada saingan suku akhir pada
temasya Sukan Komanwel 2022 Birmingham/FOTO AFP)

BIRMINGHAM, 7 Ogos - Selepas sasaran berjaya dicapai, Malaysia berpeluang untuk menambah lagi kilauan pingat emas di Birmingham.

Tumpuan kini beralih ke acara badminton apabila lima wakil negara mara ke separuh akhir.

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah besar untuk menyingkirkan wakil Uganda, Brian Kasirye-Daniel Wanagaliya

Pasangan negara ini, nyata berada di kelas tersendiri apabila mudah melakar kemenangan straight sets 21-6, 21-12.

Turut layak gandingan Chan Peng Soon- Tan Kian Meng yang berjaya menundukkan Sachin Dias-Buwaneka Goonetilleka dari Sri Lanka 21-16, 21-12.

Malaysia juga memiliki wakil dalam acara beregu wanita menerusi pasangan Pearly Tan-M. Thinaah.

Mereka bagaimanapun dipaksa bermain sehingga ke set penentuan, sebelum berjaya menumpaskan wakil dari Singapura, Jin Yuijia-Wong Jia Ying 21-15, 21-11 dan 21-15.

Dalam saingan perseorangan lelaki, pemain muda sedang meningkat naik negara, Ng Tze Yong mengejutkan juara dunia, Loh Kean Yew.

Pemain berusia 22 tahun itu menampilkan semangat juang tinggi untuk bangkit semula selepas ketinggalan set pertama sebelum membenam Kean Yew 15-21, 21-14, 21-11.

Ia merupakan kemenangan sulungnya dalam tiga pertemuan menentang pemain dari Singapura itu.

Nasib berbeza pula buat GOh Jin Wei apabila tumpas di tangan bintang dari India, Pusarla V Sindhu dengan keputusan 19-21, 21-14, 21-18 dalam saingan suku akhir perseorangan wanita.

Dan dalam acara beregu campuran, pasangan profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan beregu England, Callum Hemming-Jessica Pugh, 22-20, 21-11.

Manakala gandingan Chan Peng Soon-Cheah Yee See tewas kepada Adam Hall-Julie Macpherson dari Scotland.

Media Baharu