fb fb fb fb fb

Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 inisiatif cari pelapis baharu

MELAKA, 7 Ogos- Buat julung kalinya, Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 akan diadakan pada 15 hingga 21 Ogos ini di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, 17 pasukan bakal berentap bagi merebut gelaran juara pada kejohanan itu nanti.

Jelas beliau, pertandingan tersebut melibatkan dua kategori iaitu 'regu trio' dan 'regu double'.

"Antara tujuan kita buat kejohanan ini adalah untuk mencari pelapis baharu dan saya difahamkan beberapa negeri memang menonjolkan pemain Sukan Malaysia (SUKMA) bawah 20 tahun.

Memang bagus, ia salah satu program pembangunan yang kita buat melalui kejohanan ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 di Jalan Hang Tuah, di sini.

(Datuk Mohd Sumali Reduan, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia)

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan turut hadir Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Media Baharu