fb fb fb fb fb

MSN tentukan keputusan rombak skuad sepak takraw negara

MELAKA, 7 Ogos- Sebarang keputusan berkenaan rombakan skuad sepak takraw negara akan diserahkan sepenuhnya kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, setakat ini persatuan belum lagi mencapai kata putus berkenaan rombakan tersebut.

Beliau berharap, sebelum sebarang keputusan diambil, MSN dapat berbincang dengan pihaknya terlebih dahulu.

"Kena buat seawalnya, sebab kita pun ada program ke arah Sukan SEA pada tahun depan dan Sukan Asia.

Sudah tentu apa yang dibuat untuk hari ini, rombakan ini akan mencerminkan kita punya penampilan pada Sukan Asia dan Sukan SEA nanti," katanya selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 di Jalan Hang Tuah.

(Datuk Mohd Sumali Reduan, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia)

Terdahulu, skuad sepak takraw negara dilaporkan akan melalui rombakan besar-besaran berikutan pencapaian kurang memuaskan di Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 di Bangkok.

Media Baharu