fb fb fb fb fb

Perdana BTR FC mahu terus perkasa pemain bola sepak wanita

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 September – Pasukan bola sepak wanita Perdana Bandar Tun Razak (BTR) FC terus mengorak langkah positif dalam arena bola sepak wanita tanah air walaupun baharu sahaja ditubuhkan dua tahun lalu.

Pengurus pasukannya, Khairunnisa Datuk Abu Samah berkata, selepas muncul juara Liga Super Wanita Kuala Lumpur 2024, tumpuan kini diberikan kepada saingan musim ini, selain Piala Madani.

Penyertaan itu sebagai usaha memperkasakan bola sepak wanita agar selari dengan Dasar Sukan Negara.

"Kita masih lagi cuba kekalkan kejuaraan, tetapi sekarang ini kita masukan kepada momentum pada Piala Madani.

"Secara asasnya, penubuhan pasukan ini adalah bagi memperkasakan pemain-pemain wanita," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran jersi rasmi yang dirasmikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin di ibu negara.

Menurut Khairunnisa, pasukan Perdana BTR FC turut membuka ruang kepada pemain muda berusia antara 14 hingga 25 tahun, selain berhasrat menubuhkan kategori khusus untuk kanak-kanak pada masa akan datang.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID