fb fb fb fb fb

Perancis masih tagih khidmat Deschamps

(FOTO IHSAN FIFA)

RENNES, 23 Disember- Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) Noel Le Greet menggesa agar jurulatih Perancis, Didier Deschamps meneruskan khidmatnya sebagai jurulatih Perancis.

Gesaan tersebut dibuat Noel dalam satu wawancara bersama akhbar 'Ouest-France' semalam.

"Sekiranya dia (Deschamps) ingin meletakkan jawatan, perbincangan berkaitannya akan menjadi pendek. Tetapi sekiranya dia ingin kekal bersama pasukan, perbincangan akan mengambil masa panjang", jelas Noel ketika diwawancara.

Noel turut berkata, bekas ketua pasukan dan jurulatih Perancis itu telah melakukan yang terbaik buat "Les Bleus".


(Pengurus pasukan Perancis, Didier Deschamps berjalan melintasi trofi Piala Dunia selepas
menerima medal pada Piala Dunia 2022 / FOTO Ihsan FIFA)

"Kita semua bersetuju bahawa dia (Deschamps) melakukan yang terbaik buat Perancis", katanya kepada akhbar tersebut.

Deschamps, bekas ketua pasukan Perancis yang menjuarai Piala Dunia buat kali pertama akan bertemu Noel di Guingamp minggu hadapan bagi membincangkan pelanjutan kontraknya sebagai jurulatih sehingga kejohanan Euro 2024.

Perancis bakal bertemu dengan Belanda pada 24 March tahun depan bagi pusingan kelayakan Euro 2024.

Deschamps 54, membantu Perancis mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2022 sebelum ditewaskan Argentina pada penentuan penalti.

Spekulasi berkaitan jawatan pengurus pasukan Perancis menjadi persoalan selepas kontrak Deschamps yang tamat selepas kejohanan Piala Dunia 2022.

Bekas pengurus Real Madrid dan legenda Perancis, Zinedin Zidane disebut-sebut sebagai calon pengurus baharu sekiranya Deschamps berhasrat meletakkan jawatan-AFP

Media Baharu