fb fb fb fb fb

Pengalaman Nova Widianto mampu lonjak prestasi pemain-Goh Liu Ying

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 23 Disember-Bekas pemain beregu campuran, Goh Liu Ying optimis pengalaman luas yang dimiliki Nova Widianto mampu melonjakkan prestasi pemain negara dalam acara tersebut.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pada Rabu, mengumumkan Nova sebagai jurulatih baharu bagi jabatan beregu campuran negara.

Jelas Liu Ying, Nova perlu diberikan ruang secukupnya dalam membentuk beregu mantap, sekali gus mampu memberi cabaran sengit kepada beregu-beregu dunia lain pada masa depan.


(Pemain Beregu Campuran negara, Goh Liu Ying / FOTO RTM)

Pengalaman Nova yang pernah membimbing beregu Indonesia sebelum ini, boleh memberi manfaat kepada pemain negara selain berupaya melakar kejutan meraih pingat pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Jurulatih berusia 45 tahun dari Indonesia itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun selaku pengendali beregu campuran.

Beliau pernah menjadi juara dunia dua kali pada 2005 dan 2007, selain meraih pingat perak Sukan Olimpik 2008 Beijing bersama gandingannya Liliyana Natsir.

Media Baharu