(Pemain bola sepak Perancis, Blaise Matuidi)
PARIS, 24 Disember- Pemain bola sepak Perancis, Blaise Matuidi, berkata dia akan bersara pada Jumaat.
Pemain berusia 35 tahun itu, yang memulakan kemenangan di pentas final Piala Dunia ke atas Croatia di Rusia empat tahun lalu, telah diketepikan daripada skuad Inter Miami untuk musim ini.
Dengan kontraknya yang akan tamat pada 31 Disember, dia telah mengesahkan bakal menggantung but untuk selamanya.
Beraksi di bahagian tengah, Matudi memenangi Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain dan Serie A bersama Juventus.
Dia membuat 84 penampilan antarabangsa, menjaringkan sembilan gol sebelum perlawanan terakhir di Les Bleus pada 2019.
"Saya telah memutuskan untuk menamatkan kerjaya saya sebagai pemain bola sepak profesional," katanya dalam video di YouTube.
“Saya berpeluang bermain untuk kelab terbesar Eropah, memakai jersi Perancis, dan kini sudah tiba masa untuk kembali bersama keluarga” tambahnya.
Matuidi adalah pemain pertama skuad Perancis 2018 yang bersara.
“Kepala saya, hati saya, suruh saya berhenti dan fikirkan mereka yang rapat dengan saya, isteri, anak-anak, dan kehidupan yang saya bina ini,” katanya.
Matuidi hadir Ahad lalu ketika Perancis tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia tahun ini kepada Argentina di Qatar. -AFP
(Pemain bola sepak Perancis, Blaise Matuidi)