fb fb fb fb fb

Fly-half legenda Springbok, Visage meninggal dunia

(Piet Visagie ketika zaman kegemilangannya bersama Springbok)

JOHANNESBURG, 24 Disember- Legenda ragbi Springbok, Piet Visagie, yang digelar fly-half hebat oleh Presiden Kesatuan Ragbi Afrika Selatan Mark Alexander, telah meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Dia bermain selama lima musim dari 1967 dan mencatatkan 130 mata dalam tempoh itu.

"Piet bermain semasa tempoh paling ‘kelam-kabut’ Springbok dengan beberapa aksi jelajah, seperti satu lawatan ke United Kingdom pada 1969/70 dan ke Australia pada 1971, terjejas oleh protes antiaparteid.

"Tetapi itu tidak menghalangnya daripada menghasilkan rentetan persembahan yang menakjubkan untuk Springboks," kata Alexander.

"Dia adalah antara yang terbaik dalam era yang melahirkan pemain legenda seperti HO de Villiers, Mannetjies Roux, Joggie Jansen, Dawie de Villiers, Frik du Preez, Jan Ellis dan Piet Greyling."

Visagie adalah watak penting ketika Springboks mencapai kemenangan bersiri ke atas Perancis, Australia, pesaing terbesar New Zealand dan British dan Ireland.

Kerjayanya berakhir sebelum waktunya ketika berusia 28 tahun selepas patah kaki dalam perlawanan kelab. -AFP


(Piet Visagie ketika zaman kegemilangannya bersama Springbok)

Media Baharu