fb fb fb fb fb

Perak beri insentif lebih RM240,500 kepada kontinjen cemerlang Para Sukma 2022

(Datuk Seri Saarani Mohamad)

IPOH, 5 Januari- Insentif berjumlah RM240,500 diberikan kerajaan negeri Perak kepada atlet, jurulatih dan pengurus pasukan yang berjaya meraih pingat pada Sukan Para Sukma 2022 di Kuala Lumpur, November lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setiap pingat diberikan insentif berjumlah RM5,000 bagi atlet yang memenangi pingat emas acara individu.

Manakala RM3,000 bagi pingat perak dan RM1,000 untuk pingat gangsa.

"Dan ada peserta yang telah berjaya memecah rekod acara itu menerima insentif RM5,000, jadi jumlah dia RM240,500.

"Kita sampaikan kepada mereka dengan harapan ini dapat menambah semangat dan motivasi serta memberi motivasi juga kepada peserta lain termasuk di luar sana yang mempunyai bakat dan potensi menjadi atlet para sukma Perak," katanya.

(Seramai 93 atlet telah mewakili Kontinjen Para Sukma
Negeri dengan 39 daripadanya berjaya memenangi pingat)

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian insentif berkenaan, di sini hari ini.

Pada pertandingan tersebut, seramai 93 atlet telah mewakili Kontinjen Para Sukma Negeri dengan 39 daripadanya berjaya memenangi pingat.

Lima rekod baharu dipecahkan atlet negeri itu daripada sukan olahraga.

Media Baharu