fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Manchester City belum mengaku kalah

(FOTO AFP)

LONDON, 5 Januari-Pengurus Manchester City, Pep Guardiola masih belum mengibar bendera putih dalam misi mengejar pendahulu liga ketika ini, Arsenal.

Namun, dia mengakui pasukannya perlu mengutip 100 mata jika mahu menghalang Arsenal pada musim ini, sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka musim lalu.

Arsenal yang dikendalikan bekas pembantu Guardiola, Mikel Arteta, hampir menjarakkan jurang ke atas City dengan 10 mata sekiranya tidak diikat Newcastle United pada aksi kelmarin.

City pula yang seri dengan Everton, berpeluang merapatkan kedudukan kepada 5 mata jika menang ke atas Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi esok.

Namun, Guardiola menjelaskan, misi menjulang gelaran kelima dalam masa enam tahun mungkin tidak akan tercapai jika pasukannya kehilangan mata dalam beberapa perlawanan selepas ini.

Arsenal yang memburu kejuaraan pertama sejak 2004, berada di tangga teratas dengan 44 mata dari 17 perlawanan, manakala City pula di tangga kedua dengan 36 mata daripada 16 perlawanan.

Meskipun lawan mereka esok, Chelsea di tangga ke-10, namun Guardiola berkata skuad kendalian Graham Potter itu masih mampu melakar kejutan apabila berdepan pasukan kelompok atas liga.

The Citizens turun berdepan The Blues esok dengan krisis di barisan pertahanan selepas Ruben Dias tidak dapat beraksi akibat cedera, manakala Aymeric Laporte pula masih belum cergas sepenuhnya.


(Pengurus Manchester City, Pep Guardiola yakin peluang pasukannya bagi mempertahankan
kejuaran Liga Perdana Inggeris masih terbuka/FOTO AFP)

Media Baharu