fb fb fb fb fb

Insiden jurulatih tampar pemain: KBS tetap teruskan siasatan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan tetap meneruskan siasatan terhadap insiden jurulatih yang menampar dua pemain bola tampar remaja, pada pertengahan bulan lalu.

Perkembangan itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.

Sebelum ini, ibu bapa kepada dua pemain berkenaan telah pun menerima permohonan maaf jurulatih terbabit manakala EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Melaka, VP Shanmugam turut mengeluarkan kenyataan bagi pihak kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Hannah berkata, siasatan bebas tetap perlu diteruskan meskipun kedua-dua pihak dikatakan telah 'berdamai' dan enggan memperbesarkan isu itu.

Insiden yang mula tular di media sosial serta mendapat kecaman masyarakat, dikatakan berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) sebelum ini telah pun menggantung jurulatih terbabit daripada semua aktiviti bola tampar kebangsaan.


(Ciapan Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh berkaitan insiden jurlatih bola tampar
menampar pemain/FB HannahYeoh)

Media Baharu