fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Tottenham hidupkan peluang ke Liga Juara musim depan

LONDON, 5 Januari-Dua jaringan Harry Kane ketika membenam Crystal Palace menceriakan Tottenham yang bergelut mencari kemenangan pertama selepas berakhirnya Piala Dunia 2022.

Pasukan Tottenham atau 'Spurs' yang hanya memperolehi satu mata daripada dua perlawanan terdahulu membuka jaringan menerusi Kane pada minit ke-48 yang menyudahkan hantaran lintang Ivan Perisic.

Selang lima minit kemudian, Kane menggandakan kedudukan buat Spurs dengan jaringan kedua peribadi. Jaringan tersebut menyaksikan Kane menghampiri rekod penjaring Tottenham terbanyak sepanjang zaman dengan 264 gol pada penampilan ke-300 buat kelab itu.

Matt Doherty menambah gol ketiga bagi meranapkan sisa perjuang Crystal Palace sebelum Son Heung-min melengkapkan hari gemilang buat Spurs dengan gol keempat minit ke-72.

Sementara itu, pengurus pasukan Tottenham Antonio Conte memuji persembahan anak-anak buahnya yang dianggap memakau khususnya pada separuh masa pertama permainan.

"Para pemain menunjukkan sikap sebenar mereka ketika berdepan Crystal Palace. Sikap ini tidak ditemukan pada perlawanan ketika menentang Aston Villa sebelum ini", ujar Conte kepada Sky Sports.

Conte turut meluahkan kelegaan dengan kemenangan Spurs dan menganggapnya penting dalam usaha melayakkan diri ke Liga Juara

"Kemenangan ini amat penting. Kami berjaya dapatkan tiga mata. Kami kembali berada pada kedudukan terbaik dan mendapatkan keyakinan", kata Conte lagi.

Kemenangan tersebut menjarakkan kedudukan Tottenham di kedudukan kelima dengan mengatasi Liverpool ditangga keenam.

Tottenham dijangka berdepan laluan getir apabila bakal bertemu dengan pendahulu liga, Arsenal yang dijadualkan pada 16 Januari depan-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu