fb fb fb fb fb

Jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka (B-14), mohon maaf

KRUBONG, 4 Januari- Jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun (B-14) yang didakwa menampar dua pemainnya dalam satu kejohanan yang rakamannya tular di media sosial baru-baru ini memohon maaf secara terbuka kepada pelajar dan keluarga mereka hari ini.

Saiful Hadee Amar, 44 yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah Alor Gajah mengakui kesal dengan tindakan yang diambil dan terbuka menerima apa jua bentuk tindakan daripada mana-mana pihak berhubung perbuatannya.

"Saya memohon maaf kepada semua pemain yang terlibat terutama sekali kedua-dua pemain yang terlibat ibu bapa kepada kelab saya sendiri Kelab Mastanah,Pasukan Bola Tampar Malaysia, Pasukan Bola Tampar Melaka dan juga keseluruh komuniti bola tampar yang berada di Malaysia.

"Saya sedia dan saya reda dengan segala keputusan yang bakal dikenakan ke atas saya. Saya harap perkara ini akan menjadi pengajaran kepada diri saya sendiri," selepas perjumpaan khas bersama keluarga dua remaja yang terlibat.

Beliau tidak berniat untuk menggunakan kekerasan bagi melatih semua pemain memandangkan beliau sudah melatih mereka sejak sekolah rendah dan sumber kekuatannya untuk terus membawa sukan itu ke peringkat tertinggi.

(Saiful Hadee Amar)

 

Media Baharu